Muqadimah
Islam merupakan agama yang membimbing manusia ke jalan yang benar. Penguasaan dan penghayatan ilmu menjadi syarat utama untuk menjadi individu muslim yang benar-benar berkesan. Ilmu yang menjadi teras kepada pembinaan umat yang beramal adalah ilmu feqah yang merangkumi antara lain iaitu ilmu fardhu ain. Islam juga meletakkan al-Quran sebagai panduan hidup yang wajib dihayati dan diamalkan.
Matlamat
J-QAF adalah singkatan kepada Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain. Kesemua perkara tersebut adalah elemen-elemen dalam pendidikan Islam kecuali bahasa Arab. Projek J-QAF bermaksud memperkukuhkan penguasaan Jawi, memastikan pelajar khatam al-Quran , mewajibkan pelajaran bahasa Arab dan memantapkan amalan dan penghayatan fardhu ain. Projek J-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan .
Objektif
- membimbing pelajar yang lemah dalam bacaan al-Quran agar dapat membaca al-Quran dengan betul dan lancar setelah menamatkan pengajian di sekolah
- membolehkan pelajar asrama khatam al-Quran sebelum menamatkan tempoh penginapan di asrama selama 2 tahun
- meningkatkan penghayatan dan penguasaan pelajar dalam Perkara Asas Fardhu Ain ( PAFA ) dan mematikan pelajar lulus dalam ujian PAFA SPM
- membudayakan aktiviti pembacaan al-Quran di sekolah , asrama , rumah dan seterusnya dalam kehidupan seharian pelajar
Sasaran
Semua pelajar Islam tingkatan 4 dan 5 yang tinggal di asrama.
Aktiviti J-QAF
1. Program Pemulihan Al-Quran
- Kelas Pemulihan Al-Quran ( IQRA’)
2. Program Khatam Al-Quran
- Tasmik
- Tadarus al-Quran
- Majlis Khatam al-Quran
3. Program Penguasaan Fardhu Ain
- Usrah PAFA
- Kursus Praktikal Pengurusan Jenazah
- Kursus Pemantapan Solat
PENERANGAN RINGKAS
PROGRAM PEMULIHAN AL-QURAN
Program ini menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar tingkatan 4. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran tingkatan 4 adalah menggunakan buku Iqra’ 1 hingga 6. Pelajar akan dibahagikan secara berkumpulan dengan dibimbing oleh seorang ketua yang dilantik di kalangan pelajar yang mahir membaca al-Quran. Perkembangan setiap pelajar akan direkodkan bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran membaca al-Quran secara berperingkat sehingga dapat membaca dengan betul dan lancar.
PROGRAM TASMIK
Program Tasmik ialah satu program merekodkan perkembangan bacaan pelajar secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan pelajar khatam al-Quran di sekolah menengah dan dilaksanakan di luar waktu persekolahan. Pelajar akan belajar dan membaca al-Quran dengan guru-guru al-Quran di luar waktu persekolahan. Guru-guru tersebut adalah guru Pendidikan Islam , warden asrama atau di kalangan pelajar yang dilantik oleh warden asrama. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan Buku Rekod Bacaan Al-Quran dan guru pembimbing akan menandatangani buku tersebut setelah selesai pelajar membaca sejumlah ayat yang ditetapkan. Matlamat akhirnya ialah agar pelajar mampu khatam al-Quran sebelum meninggalkan alam persekolahan.
PROGRAM PENGUASAAN FARDHU AIN
Program penguasaan fardhu ain merupakan satu program bagi memantapkan penghayatan dan penguasaan pelajar tingkatan 4 dan 5 yang beragama Islam terhadap Perkara Asas Fardhu Ain ( PAFA ) yang menjadi satu elemen wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini dijalankan dalam bentuk usrah seminggu sekali di surau asrama . Setiap kumpulan usrah akan dibekalkan sebuah buku PAFA dan naqib bertanggungjawab membimbing dan memastikan ahli kumpulan dapat menguasai PAFA. Pelajar juga akan mengikuti Kursus Pemantapan Solat dan Kursus Pengurusan Jenazah bagi memastikan mereka boleh menguasai ilmu tersebut dengan mantap sebagai amalan harian dan bekalan masa hadapan.
BORANG PENILAIAN IQRA’ PELAJAR
NAMA NAQIB : ..............................................................
KUMPULAN : ..............................................................
BIL | NAMA PELAJAR | BUKU IQRA’ | |||||
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | ||
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
PERHATIAN :
- Pembimbing hendaklah menandakan tahap penguasaan pelajar setelah selesai
menguji sama ada Buku Iqra’ 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6.
- Setelah tamat buku Iqra’ , pelajar tersebut dikehendaki meneruskan pembacaan al-Quran
sebagaimana pelajar lain yang boleh membaca dengan lancar.
Pelajar yang telah mengkhatam al-Quran akan menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada bulan Ramdhan. Majlis tersebut diadakan di Surau A-Taqwa. Guru dan staf akan dijemput hadir dan diberikan saguhati kepada semua yang terlibat.
PENUTUP
No comments:
Post a Comment